Koleksi FENDI digayakan di Oscars 2019

Pasangan Jason Momoa-Lisa Bonet segak sedondon di Majlis Anugerah Akademi ke-91.

FENDI diwakili oleh para pelakon Hollywood Jason Momoa dan pasangan Lilakoi Moon, yang dahulunya dikenali sebagai Lisa Bonet. Imej yang ditampilkan sungguh sofistikated melalui koleksi FENDI pada Majlis Anugerah Akademi ke-91. 

Lilakoi Moon (Lisa Bonet), seorang pelakon terkenal, yang terkenal dengan siri legenda The Cosby Show, mengiringi upacara Oscar bersama suaminya Jason Momoa yang berpakaian hasil karya FENDI, yang direka oleh Karl Lagerfeld untuk koleksi FENDI Couture Fall-Winter 2019. Pelakon itu kelihatan berseri-seri dalam rekaan sangkar tulle, dihiasi dengan manik dan bunga, diperkaya dengan jumpsuit sekuin yang berkilauan. Pelakon Hawaii, Jason Momoa, yang terkenal dengan peranannya dalam penerbitan-penerbitan gergasi seperti Game of Thrones dan Aquaman turut memberi penghormatan semasa Anugerah Akademi, sebagai salah seorang penyampai, dalam tuxedo Made to Measure yang direka khas oleh Silvia Venturini Fendi, Pengarah Kreatif FENDI Lelaki, Aksesori dan Kanak-Kanak.

Gaya Jason Momoa digahkan lagi dengan persalinan tuxedo baldu berwarna kulit coklat bersama kolar duchesse coklat dan sepasang kasut kulit paten coklat FENDI dari Koleksi Fall-Winter 2019/20 Lelaki oleh Silvia Venturini Fendi, yang melihat Karl Lagerfeld sebagai pereka jemputan.

1 of 3

Persalinan Sedondon FENDI digayakan oleh Lisa Bonet dan Jason Momoa

1 of 3