Kolaborasi PUMA x MTV Bawa Kembali Gaya Pop & ‘Street’

Kolaborasi PUMA x MTV melancarkan olahan terbaru sniker RS-X Tracks

Jenama sukan antarabangsa PUMA dan MTV hari ini mengumumkan suatu kolaborasi menarik yang meraikan persilangan budaya pop dan fesyen sukan. Kerjasama kedua jenama gergasi ini telah melancarkan kasut sniker RS-X edisi khas yang meraikan semula kegemilangan budaya muzik yang terdahulu.

Malah, ini juga bukan kali pertama kedua-dua jenama ikonik ini bekerjasama. Pada tahun 2006, PUMA dan MTV pernah melancarkan koleksi PUMA YO MTV Raps di mana kasut-kasut PUMA yang klasik diberi olahan semula dengan berinspirasikan muzik hip hop 80-an.

Kolaborasi PUMA x MTV juga melancarkan olahan reka bentuk terbaru sniker RS-X Tracks. Mengenengahkan iterasi warna pop neon yang menonjol, koleksi ini akan memaparkan keluaran dua jenis warna, iaitu RS-X Tracks MTV Gradient Blaze dalam warna PUMA White – Sweet Lavender dan RS-X Tracks MTV Gradient Gloom dalam padanan warna PUMA Black – Sweet Lavender. Menyempurnakan rupa dengan pakaian musim yang sesuai, koleksi bergaya ini juga melancarkan kemeja T, kemejaT tanpa lengan, baju trek dan seluar pendek yang dilingkari dengan logo grafik PUMA x MTV.

Koleksi PUMA x MTV akan dilancarkan di butik-butik Puma terpilih seluruh negara bermula 14 Mac pada harga RM165 – RM575. Ikuti @PUMASportstyle di Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini koleksi terbaru Puma.

Layari juga: Fila Ray, ringan bagai memijak kepulan awan

Gaya Koleksi Terbaru Puma X MTV

1 of 7

Kasut sukan Puma RS-X Tracks MTV Gradient Gloom dalam padanan warna PUMA Black – Sweet Lavender.

1 of 7