Kolaborasi Innersejuk dan Mimpi Kita dikagumi

Kain berprestasi tinggi ini juga boleh mengawal suhu badan, membantu pemakainya merasa nyaman apabila cuaca panas dan hangat apabila musim sejuk menjadikannya pilihan kain yang terbaik pakaian dalam.
1 of 6

Jenama pakaian dalaman wanita, Innersejuk mengumumkan kerjasama pertamanya bersama rumah fesyen Mimpikita dalam melancarkan koleksi pakaian dalam yang disesuaikan dengan busana terkini musim luruh/sejuk Mimpi Kita. Misi Innersejuk adalah untuk membuat pakaian dalam yang bergaya dan berkualiti tinggi untuk wanita yang menghargai pakaian yang pelbagai fungsi dan selesa. Innersejuk dan Mimpi Kita melihat peluang untuk membuat koleksi yang menggabungkan reka bentuk Mimpikita yang indah dan moden dengan Innersejuk yang menggunakan fabrik berprestasi tinggi iaitu Drichill.

Ia adalah kain berfabrik lembut, ringan dan cepat kering sekali gus mengekalkan kekeringan sepanjang hari. Kain berprestasi tinggi ini juga boleh mengawal suhu badan, membantu pemakainya merasa nyaman apabila cuaca panas dan hangat apabila musim sejuk menjadikannya pilihan kain yang terbaik pakaian dalam.

1 of 6