Kolaborasi Guardian Dan Ariani Lancarkan Tudung ‘Edisi Lebaran’ Sempena Ramadan Dan Syawal

Kolaborasi Guardian dan Ariani memperkenalkan koleksi tudung 'Edisi Lebaran' sempena bulan Ramadan ini

Ramadan ini, Guardian membawakan sesuatu yang istimewa buat anda. Buat julung kalinya, peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan Guardian Malaysia telah mengadakan kerjasama bersama jenama fesyen tudung terkemuka, Ariani untuk menampilkan koleksi tudung eksklusif ‘Edisi Lebaran’ sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba ini.

Tudung ini dijual secara eksklusif untuk pelanggan Guardian Malaysia. Tudung ‘Edisi Lebaran’ ini telah dihasilkan daripada material berkualiti dengna empat rekaan anggun yang berilhamkan flora di Malaysia dan panduan warna mernarik yang boleh anda pilih untuk digayakan Lebaran nanti.

Sepanjang tempoh promosi berlangsung selama dua bulan (dari 1 Mei hingga 27 Jun), skarf ini boleh dibeli pada separuh harga iaitu di antara RM29.90 hingga RM89.90, di mana ia telah dipotong sehingga 54 ke 57 peratus lebih rendah daripada harga pasaran yang disyorkan.

Menurut Pengarah Barangan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, Ms Anna Hull, Guardian memperkenalkan koleksi rekaan istimewa ini, khas sebelum Ramadan, agar pelanggan boleh mendapatkan skarf dan selendang yang menawan dan berkualiti untuk digayakan pada Hari Raya nanti.

Hadir dengan empat corak segar dan elegan, tudung ini dihasilkan daripada material berkualiti yang ringan dan tahan lasak. Ia boleh disesuaikan dengan pelbagai gaya, mudah serta selesa untuk dipakai. Tambahan Hull, dia yakin dengan kualiti tudung ini, ia mampu untuk menarik perhatian pelanggan dan membelinya untuk Hari Raya nanti.

Ms Anna Hull turut menjelaskan rasional untuk bekerjasama dengan salah satu jenama fesyen terkenal, Ariani:

“Walaupun Guardian Malaysia merupakan sebuah jenama kesihatan dan kecantikan, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Dalam perancangan untuk Ramadan dan Hari Raya, kami percaya para pelanggan kami ingin memiliki tudung terbaik; dan yang lebih utama, pada harga yang memberi nilai kepada wang mereka!”

Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Farah Haryani turut berkongsi pandangan tentang kolaborasi dan koleksi skarf rekaan eksklusif tersebut:

“Pengertian kecantikan dari dalam melalui penggunaan produk di stor Guardian kini dimantapkan lagi dengan pemakaian tudung ARIANI, yang mana semuanya boleh didapati di bawah satu bumbung!”

Tambahnya lagi, Ariani telah menghasilkan koleksi skarf ‘Edisi Lebaran’ dengan perincian yang halus dan ia telah direka bagi memenuhi tiga elemen teras- eksklusif, kesopanan dan kontemporari.

Menggunakan konsep ‘MEKAR’, koleksi ini telah menampilkan empat rekaan anggun iaitu Essential Basic Shawl (kosong), Blush Printed Square (tudung empat segi), Blooming Printed Shawl (selendang) dan yang paling istimewa, Florescence Premium Shawl.

Pembelian

Untuk setiap pembelian dengan satu barangan jenama yang mengambil bahagian, pelanggan layak untuk membeli satu skarf untuk satu corak. Dalam erti kata lain, anda layak untuk membeli sebanyak empat helai tudung, iaitu sehelai untuk setiap corak. Jika anda membeli dua produk daripada jenama yang mengambil bahagian, anda layak untuk membeli dua helai tudung untuk setiap corak.

Antara jenama utama yang mengambil bahagian dalam pembelian ini adalah Dermo Expertise, Maybelline, Pantene, Safi dan Thymos.