Kenapa Perlu Pakai Serum Wajah?

Sebab perlu tambah langkah ini dalam rutin cantik anda.

Ini situasi cantik yang sentiasa anda dengar dan harus amalkan. “Jangan lupa bersihkan solekan pada wajah sebelum tidur, jangan lupa sapukan pelembap untuk kulit sentiasa segar. Jika mahu keluar rumah, harus sapukan krim tabir suria.” Betul, bukan?

Kini, terdapat satu lagi langkah rejim penjagaan wajah yang penting, iaitu aplikasi serum. Percayalah, serum membantu memberikan perubahan ekstra pada kompleksi wajah anda.

Apakah serum wajah dan bagaimana ia berfungsi bagi membantu untuk kompleksi yang mulus, sekata dan kekal muda? Ia adalah produk penjagaan wajah yang bertekstur cair kerana berasaskan air yang diaplikasikan selepas membersihkan wajah dan sebelum penggunaan pelembap.

Lazimnya, ia mempunyai tekstur cecair yang pekat dan dirumus dengan bahan aktif unggul untuk membolehkan ia memberikan kesan optimum pada kulit. Serum juga hadir dengan molekul halus yang kecil dan kepekatan bahan aktif yang tinggi agar mudah menyerap ke dalam lapisan kulit wajah. Formulasi ini berfungsi dengan baik bagi merawat masalah kulit yang khusus seperti bintik penuaan dan garis kedutan.

Jika anda konsisten dengan penggunaannya, anda akan dapat merasakan perubahan kulit wajah dari segi:

  • Tekstur kulit yang semakin halus.
  • Kulit lebih lembap, segar dan anjal.
  • Penampilan garis halus dan kedutan semakin berkurang.
  • Kompleksi wajah yang lebih licin, mulus dan cerah.
  • Memperlahankan proses penuaan wajah.

JIKA KULIT ANDA…

1 of 3

BERJERAWAT DAN SENSITIF: Pilih serum yang diperkaya dengan ramuan Vitamin C kerana ia membantu membaiki tekstur kulit, mengurangkan keradangan, melegakan kulit yang iritasi dan mengurangkan pengeluaran sebum dan minyak.

Boleh cuba ini:

1 of 3