Kempen Selamatkan Bumi Anda Oleh The Body Shop Malaysia

Ayuh selamatkan bumi anda dengan menanam semula pokok.

The Body Shop Malaysia meraikan Earth Day tahun ini dengan besar-besaran di mana bakal menyumbangkan 1,000 anak pokok di Pavilion Kuala Lumpur, pada hari Sabtu , 20 April 2019.  Ini masuk tahun kelima buat The Body Shop Malaysia bagi menjayakan acara seperti ini, yang mana mendapat  kerjasama daripada  Free Tree Society untuk memberi galakan kepada  rakyat Malaysia agar dapat  mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan bersih.

The Body Shop bukan sahaja mempunyai misi dan visi dalam mengeluarkan produk kecantikan, malah turut mempunyai misi untuk melindungi dan menjaga alam sekitar agar lebih terjaga dan terpelihara. Ianya sangat sedih apabila melihat alam sekitar dan ekosistem yang semakin ‘lemah pupus’ akibat kerakusan manusia dalam membina kemajuan yang tanpa sedar akhirnya memusnahkan alam sekitar kita sendiri. Sebagai sebuah organisasi yang mementingkan persekitaran yang sihat, misi ini sangat bermakna dan penting buat The Body Shop sendiri.

Menurut Pengarah Urusan Rampai Niaga Sdn Bhd, Datin Mina Cheah berkata, kepupusan habitat dan kerosakan alam semulajadi sangat membimbangkan, kerana generasi akan datang tidak akan berpeluang untuk menikmatinya lagi.

“Dengan itu, sempena Earth Day 2019, ayuhlah kita kembali menyemai rasa sayang akan alam semula jadi dengan bersama-sama memberi sokongan untuk acara ini di samping mengetahui kepentingan menanam semula pokok demi untuk menyelamatkan bumi kita.” katanya.

Ujarnya lagi, The Body Shop Malaysia telah mula menjalankan aktiviti seperti ini sejak empat tahun yang lalu, dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dan kini, ia lebih besar, kerana bakal berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, The Body Shop turut bekerjasama dengan Free Tree Society bagi mengedarkan anak pokok secara percuma buat orang ramai daripada 18 jenis spesis yang berbeza. Jangan risau, jika ini adalah pengalaman pertama, anda akan diberikan penerangan oleh staff The Body Shop dan Free Tree Society bagaimana cara untuk menjaga tumbuhan dengan betul agar ia membesar dengan baik dan menghijau.

Selain itu, ketika acara ini juga, The Body Shop dengan kerjasama  Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar akan mengedarkan kad untuk mengumpul tandatangan bagi melancarkan petisyen untuk menyelamatkan haiwan yang semakin pupus, iaitu Harimau. Dengan harapan, pihak berkuasa boleh melakukan rondaan di hutan Semenanjung Malaysia bagi menyelamatkan Raja Rimba ini yang tinggal tidak kurang daripada 200 ekor sahaja lagi.

The Body Shop menyeru orang ramai untuk sama- sama mengambil bahagian dan menyertai acara ini, penting untuk  mewujudkan persekitaran yang lebih sihat, bersih  dan hijau dengan menanam pokok, dan mengitar  semula produk serta mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.