Kemegahan merah pilihan warna Tahun Baru Cina

Cuci mata dengan himpunan gaya Tahun Baru Cina yang anda patut miliki

Ketibaan Tahun Baru Cina dapat menyemarakkan lagi kehangatan warna merah di dalam dunia fesyen Malaysia. Jenguk fesyen warna merah yang boleh dipakai semasa Tahun Baru Cina untuk persalinan formal mahupun kasual. Raikan kemeriahan Tahun Baru Cina yang disambut selari dengan kemegahan warna merah yang tampak bertenaga dan ceria.

Lengkapkan persalinan ini dengan aksesori dan sepatu merah bagi menaikkan keyakinan anda di Tahun Baru Cina! Anda tidak perlu mengeluarkan bajet yang tinggi untuk membeli aksesori dan sepatu baru sempena perayaan ini, anda hanya perlu bijak menyuaipadankan dengan persalinan anda. Sekali gus anda dapat berjimat!

Lihat juga: Innaired Ketengahkan Lady Jade Sempena Tahun Baru Cina

1 of 8

Seluar Legging bersama Dress, Zara,RM129

1 of 8