Kebaikan VItamin C Dalam Rutin Cantik Anda

Kenapa ianya kena ada!

Tambahkan ‘makanan cantik’ ini di dalam rutin penjagaan wajah anda untuk keserian kulit yang berpanjangan.

Seperti mana yang anda tahu, pengambilan makanan tambahan atau suplemen penting untuk membantu memelihara kecantikan secara menyeluruh, iaitu luar dan dalam. Vitamin C adalah makanan tambahan yang cukup sinonim untuk kecantikan kulit, rambut dan badan.

Lazimnya, kandungan Vitamin C yang terbesar datangnya daripada sumber buah-buahan seperti oren, epal, anggur dan banyak lagi. Namun, tidak semua gemar makan buah-buahan. Jadi, bagaimana anda ingin perolehi semua kebaikan itu?

Kini, semakin banyak produk kecantikan dan penjagaan wajah yang telah dihasilkan yang mana sebahagian besar rumusannya adalah daripada kandungan Vitamin C ini. Ianya dilihat lebih praktikal, efektif dan inovatif. Berikut ialah kebaikan yang anda akan perolehi daripada Vitamin C di dalam rutin penjagaan wajah anda.

MELINDUNGI DARIPADA RADIKAL BEBAS – Pencemaran udara , sinaran UV dan persekitaran yang tidak bersih boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kotor, kusam dan mempercepatkan proses penuaan. Untuk itu, anti oksida di dalam kandungan Vitamin C ini berfungsi untuk meneutral dan melindungi lapisan kulit agar lebih sihat, cerah dan kekal terpelihara.

MEMPERLAMBATKAN PROSES PENUAAN –Vitamin C ini mempunyai kandungan kolagen yang bersifat water holderyang berfungsi untuk mengunci lembapan agar wajah tidak kering. Jika kulit wajah kekurangan air, wajah menjadi kusam dan tidak bermaya. Selain itu, Vitamin C ini juga boleh membantu untuk mengecilkan liang pori yang terbuka dan mengurangkan garis kedutan.

MENCERAHKAN KULIT – Tidak dapat disangkal lagi, Vitamin C sangat sesuai untuk mereka yang mementingkan kecantikan kulit. Dipercayai, Vitamin C boleh digunakan untuk mencerahkan kulit. Ini disebabkan oleh asid arkobat yang terdapat di dalam Vitamin C menjadi bahan utama pembentukan kolagen lantas berfungsi untuk menyembuhkan luka dan menghasilkan protein berguna untuk kulit wajah. Dengan adanya protein ini, kulit wajah menjadi lebih anjal, sihat,dan cerah.

MEMUDARKAN KESAN PARUT JERAWAT – Kolagen di dalam Vitamin C menjadi satu komponen penting dalam proses penyembuhan luka, termasuk luka kesan daripada jerawat. Parut jerawat yang degil juga akan pudar dan cepat sembuh. Tekstur kulit wajah juga menjadi halus dan lembut.

BAGAIMANA SELITKAN PENGGUNAAN VITAMIN C DI DALAM RUTIN KECANTIKAN?

Lazimnya, anda boleh dapati di dalam produk yang hadir di dalam krim atau gel pelembap, serum, esen dan juga minyak pelembap wajah. Tetapi, penggunaan serum sering menjadi pilihan kerana ia mempunyai tekstur yang ringan, cepat meresap dan lebih efektif.

INI JUGA BAGUS UNTUK KULIT ANDA!

  • Kandungan Vitamin A atau Retinol berfungsi untuk menjana semula sel kulit agar lebih bintik pigmentasi dapat dikurangkan untuk kulit yang lebih anjal dan muda.
  • Vitamin B3 yang turut mempunyai kesan antibiotik berupaya untuk membaiki tekstur kulit yang kasar, mengawal sebum berlebihan dan mengunci lembapan.