Kasut Dempak Rainbow Future Kebanggaan Salvatore Ferragamo

Ia juga mempunyai lapisan kulit tanpa pelepasan karbon dioksida atau penggunaan air (teknologi Layertech)
1 of 9

Salvatore Ferragamo dengan bangganya mempersembahkan Rainbow Future, kasut pertama yang diilhamkan daripada simbolik label mewah itu tersendiri. Model yang sama dihasilkan menggunakan fabrik suede pada tahun 1938 untuk aktris Judy Garland. Ia juga dibuat bagi meraikan hubungan baik antara tradisi Made in Italy dan komitmen yang diberikan oleh jenama itu untuk perkembangan perniagaan yang berterusan.

Koleksi Ferragamo’s Creations yang berprestij ini hadir dalam 100 pasang untuk edisi terhad untuk pelanggan setianya. Rainbow Future adalah kasut platform hasil kerja tangan yang handal untuk jenis kayu yang dibuat daripada kapas organik yang dicetak (disahkan selaras dengan kriteria sosial dan alam sekitar Global Organik Textile Standard ). Ia juga mempunyai lapisan kulit tanpa pelepasan karbon dioksida atau penggunaan air (teknologi Layertech). 

1 of 9