Jurusolek Professional Pilihan Permaisuri Pada Hari Pertabalan

Cantiknya saat melihat Raja Permaisuri Agong dan kerabat diraja yang lain

Daulat Tuanku! Majlis pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berlangsung meriah dan penuh istiadat pada 30 Julai yang baru saja berlalu.

Dalam istiadat diraja itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah tiba di Balairung Seri, Istana Negara dengan lengkap berpakaian rasmi dikenali sebagai ‘Muskat’ diiringi isteri tercinta, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang anggun dalam persalinan tenun Pahang berwarna putih gading.

Majlis pertabalan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran kerabat diraja yang lain. Masing-masing tampil dengan busana tradisional yang cantik dan menarik perhatian. Namun, bukan busana sahaja yang menjadi tumpuan ramai malahan, solekan Permaisuri Agong dan juga kerabat diraja wanita yang lain turut menjadi topik bualan sepanjang pertabalan itu berlangsung.

Justeru, Jelita senaraikan jurusolek profesional yang menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong dan kerabat diraja wanita yang lain pada majlis pertabalan tersebut.

1 of 6
1 of 6