Jenama fesyen mewah terkemuka sambut ulang tahun!

The Melium Group meraikan ulang tahun fesyen ke-30 di KLFW #Melium30th

Siapa tidak kenal The Melium Group yang memperkasakan industri peruncitan gaya hidup dan fesyen mewah terkemuka di Malaysia mempunyai lebih 100 jenama terkenal termasuk TOD’S, Emilio Pucci, Givenchy, Roger Vivier, MCM, Aigner, Hackett London ,Max Mara dan FARAH KHAN. Selain itu, Melium juga mempunyai jenama fesyen yang mantap iaitu M Pavilion. M adalah satu jenama yang unik kerana ia menjadi tuan rumah pilihan label antarabangsa. The Melium Group diasaskan oleh Dato ‘Seri Dr Farah Khan pada 1989. Selain jenama fesyen, The Melium Group meneroka F&B lebih dua dekad yang lalu, Melium kini mempunyai 20 kedai DOME kafe di seluruh negara termasuk dua restoran utama di Suria KLCC iaitu Mama San Kuala Lumpur dan Aseana kafe.

Sherry IbrahimĀ 

The Melium Group meraikan sambutan ulang tahun ke-30 dengan penuh meriah. Sambutan ulang tahun ini diraikan dengan pertunjukan fesyen yang diadakan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2019) baru-baru ini di Pavilion KL. Pertunjukan fesyen itu menyoroti kekuatan Melium sebagai satu kumpulan yang telah menghabiskan beberapa dekad membina hubungan erat dengan pelanggan di seluruh generasi.

Di samping itu, The Melium Group dan Malaysia Tatler Charity Auction Committee telah mengambil bahagian menyumbang wang sebanyak RM4.5 juta sempena Anniversary Charity Auction ke-30 untuk 20 rumah amal dan pertubuhan.

1 of 12

Aigner

1 of 12