Jemari Pun Perlu Cantik Untuk Raya

Sempat lagi ke salon untuk rias kuku tangan dan kaki.

Baju raya, siap. Kuih raya, sudah ditempah. Rumah cantik dihias. Wajah sudah mendapat perawatan sewajarnya, inspirasi solekan pun sudah ada. Sudahkah anda ambil kira penjagaan jemari tangan dan kaki?

Foto: INGImage/ClickPhotos

Bukankah lebih manis jika bersalaman dengan ahli keluarga dan sanak saudara dengan jemari lembut, dijaga rapi dengan kuku dirias menawan?

Jom ketahui soalan lazim mengenai penjagaan kuku yang anda boleh amalkan di rumah?

1 of 4

S: BAGAIMANA HENDAK PASTIKAN KUKU SENTIASA DALAM KEADAAN BAIK?

J: Seperti wajah, kuku turut menempuhi fasa penuaan dan ianya menjadi mudah rapuh bila meningkatnya usia. Jika anda mewarna kuku, lindunginya dengan basecoat dan topcoat. Malah, anda boleh gunakannya biarpun tiada pewarna pada kuku, demikian menurut tip dikongsikan The Nail Parlour.

“Untuk hasil lebih memuaskan, kilatkan di bawah hujung kuku dan di hujungnya bagi ‘mengunci’ kawasan berkenaan. Ini akan memastikan kuku terjaga dan melindunginya daripada mudah patah dan terkopek,” katanya. Anda juga perlu melembap bahagian kuku dan kutikel dengan minyak kutikel setiap hari.

1 of 4