Jam Tangan Digital Suunto 9 Khas Buat Anda Yang Sentiasa Aktif

Kemas kini jadual harian, panggilan dan mesej di mana sahaja anda berada dengan Suunto 9

Jam tangan digital Suunto 9 ini direka khas buat para atlet yang inginkan rekaan terbaik daripada jam tangan sukan (sports watch) mereka. Jam tangan digital ini boleh diharap kerana ia boleh bertahan sehingga 120 jam dan turut dilengkapi dengan GPS dan sistem pengurusan hayat bateri pintar. Jam tangan digital ini juga mempunyai sistem peringatan pintar untuk memastikan jam tangan ini bertahan selagi anda memerlukannya. Ternyata jam tangan ini sesuai bagi anda yang mempunyai jadual yang padat dan sentiasa aktif.

Dilengkapi dengan teknologi bateri pintar dengan peringatan pintar, jam tangan digital ini mempunyai tiga mod bateri yang telah ditetapkan iaitu Prestasi (Performance), Ketahanan (Endurance) dan Ultra. Tiga mod bateri ini dapat menyampaikan dari 25 jam sehingga 120 jjam masa rakaman dengan pengesanan GPS. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengubah suai mod bateri yang memenuhi keperluan anda. Ia akan memudahkan apabila anda memulakan rakaman atau aktiviti, anda akan dapat menganggarkan berapa banyak hayat bateri yang tinggal dalam mod semasa. Sekiranya anda memerlukan lebih masa, anda boleh beralih ke mod lain pada bila-bila masa. Mudah, kan?

Jam tangan ini juga sesuai untuk anda yang gemarkan melakukan aktiviti lasak kerana ia dibina untuk keadaan yang paling sukar. Oleh kerana ja tangan ini direka unutk memenuhi permintaan atlet profesional makan ia telah direka untuk bertahan pelbagai elemen dan daya termasuklah jatuh, beku/cair, kelembapan dan juga rendaman. Percayalah, jam tangan ini boleh bertahan dalam apa jua keadaan.

Anda juga boleh sentiasa berhubung dengan insan tersayang dengan jam tangan canggih ini. Padankan Suunto 9 dengan aplikasi Suunto yang terbaru untuk mengesan dan mengikuti semua pengembaraan anda serta mengikuti aktiviti jangka panjang termasuklah aktiviti harian dan juga waktu tidur. Sambungkan jam tangan pintar ini pada telefon pintar anda dan dapatkan isyarat panggilan masuk, mesej dan notifikasi pada jam tangan anda. Aplikasi Suunto boleh didapati di App Store dan Google Play.

Suunto 9 Baro kini boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Jam tangan ini dijual dengan harga pasaran RM2, 699. Untuk lebuh maklumat lanjut mengenai Suunto 9, anda boleh berkunjung ke butik Solar Time atau butik jam tangan di seluruh negara atau layari laman sesawang rasmi Suunto 9.