Jam Tangan Bonia BNB10507 Serlahkan Gaya Feminin Anda

Tampil lebih feminin dengan jam tangan Bonia BNB10507

Bunga sememangnya sinonim dengan kaum wanita. Oleh itu, untuk meraikan kaum wanita seluruh dunia, Bonia telah menghasilkan seutas jam tangan yang akan menyerlahkan lagi gaya feminin anda.

Jam tangan BNB10507 ini memperlihatkan sejambak mawar 3D yang cantik dicetak di atas permukaan dail jam tersebut. Cetakan bunga bertekstur ini akan menyerlahkan lagi jam tangan yang direka dengan baik ini. Ia juga pasti akan menarik perhatian orang disekeliling setiap kali anda memakainya.

Hadir dalam case berbentuk bulat dengan diameter 34 mm, case ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan mempunyai kristal mineral anti-reflektif yang dipasang di atasnya. Ini membolehkan jam tangan ini kalis air sehingga 5o meter. Di dalam case pula terdapat pergerakan kuarza Jepun yang tepat dan boleh dipercayai. Jarum jam direka dengan bentuk seperti daun dan penanda jam pula diperbuat daripada kristal Swarovski.

Cetakan sunburst turut diletakkan di belakang cetakan bunga mawar 3D untuk menyerlahkan lagi rekaan jam tangan tersebut. Setiap jam tangan datang dengan tali kulit bertekstur yang menambahkan lagi elemen kasual pada jam tangan yang menyeronokkan ini.

Ia bukan sekadar aksesori tetapi ia memberikan aura positif kepada pemakai dan juga kepada sesiapa yang melihatnya. Jam tangan ini dijual dengan harga RM498 dan seperti jam tangan Bonia yang lain di boleh didapati di Butik Solar Time dan semua butik jam di seluruh negara.

Layari Solar Time untuk lebih maklumat lanjut.

Artikel ini adalah artikel berbayar daripada Bonia