Jam Tangan Bonia BNB10506 Khas Untuk Wanita Kasual

Gaya anda akan lebih menarik dengan jam tangan Bonia BNB10506

Anda ingin mencari sesuatu yang kelihatan menarik dan lain daripada yang lain? Dapatkan anda inginkan dalam model jam tangan terbaru Bonia, BNB10506.

Dengan sekali pandang, anda boleh lihat dengan jelas rekaan burung hantu pada dail jam tangan model BNB10506. Gambar burung hantu itu telah direka dengan rekaan kartun yang comel dan terdapat juga tiga cetakan bentuk hati yang terbalik di dada burung hantu tersebut.

Hadir dalam case berbentuk bulan dengan diameter berukuran 36 mm, cukup muat untuk menempatkan burung hantu tersebut. Case yang direka dengan keluli tahan karat membuatkan jam tangan ini kalis air sehingga kedalam 50 meter. Di dalamnya pula terdapat gerakan kuarza (quartz) Jepun yang tepat dan tahan lama. Jam tangan ini dilindungi lagi oleh kristal mineral yang telah dilapisi dengan bahan anti-reflektif untuk meningkatkan paparan dail. Jam ini menunjukkan masa menggunakan jarum jam dan minit yang direka dengan bentuk seperti daun dan jarum saat yang menunjukkan kepada penanda jam.

Setiap rekaan burung hantu ini duduk di atas sunray dail yang mencerminkan cahaya pada sudut yang berbeza. Jam tangan kasual ini disertakan dengan tali kulit berkualiti tinggi yang sepadan dengan skema warna setiap jam tangan tersebut.

Bagi anda yang inginkan gaya yang lebih santai dan menyeronokkan, jam tangan Bonia BNB10506 adalah sesuai untuk anda. Jam tangan model ini dijual pada harga RM498 dan seperti jam tangan Bonia yang lain, ia boleh didapati di semua butik Solar Time dan butik jam tangan di seluruh negara.

Layari Solar Time untuk lebih maklumat lanjut.

Artikel ini adalah artikel berbayar daripada Bonia