Item Pelengkap Hari Raya Anda

Sentuhan Fossil cukup mewah, Syawal disambut penuh meriah

Melaram sakan dengan koleksi kapsul musim panas Hari Raya daripada Fossil yang sesuai digayakan dengan apa jua jenis baju raya untuk acara formal mahupun santai. Beg tangan dan jam tangan ini perlu dimiliki semua wanita kerana item pelengkap ini hadir dengan pelbagai fungsi untuk membantu anda semasa musim perayaan. Ia adalah item yang paling berbaloi untuk anda beli!

Wajar dibimbit ke mana saja!

Beg tangan jerami bersaiz dempak adalah trend fesyen Fossil terkini, dikeluarkan dalam pelbagai pilihan beg tote, beg galas juga beg silang. Untuk pengetahuan anda, ia juga aksesori utama untuk musim panas 2019. Sesuai untuk anda yang bergelar ibu, saiz beg tangan yang besar ini dapat memuatkan semua barang penting yang anda sering bawa! Tekstur beg yang tidak hilang bentuk asal lebih memudahkan anda untuk menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya.

Selain itu, beg galas campuran kain linen ini boleh ditukar gaya kepada beg silang atau beg tote dengan tali mudah laras mengikut keselesaan pemakai. Bagi anda bertubuh kecil, gayakan beg ini sebagai beg galas atau beg tote agar tubuh badan anda tidak kelihatan besar.

Aksesori tangan pelbagai fungsiĀ 

Sesuai dengan semua gaya! Reka bentuk ultra-ringan 41mm ini mempunyai tali silikon dan membolehkan anda menjejaki kadar denyutan, senaman anda termasuk aktiviti berenang serta boleh membuat panggilan dan banyak lagi fungsi lain. Namun dengan hanya sarungkan jam pintar ini, anda boleh mengetahui kadar denyutan dengan begitu mudah! Semua aktiviti anda semasa Hari Lebaran dapat dijejaki jam pintar ini.

Kerlipan bak bintang! Jam tangan go-for-boldĀ ini hadir bersama tali kulit berjalur. Jangan khuatir dengan aksesori yang mempunyai cetakan jalur kerana ia hanya cetakan ringkas dan masih sesuai dipadankan dengan persalinan raya anda. Rona yang ceria itu juga dapat memukau perhatian orang lain yang melihatnya.

Anda juga boleh dapatkan Fossil di Zalora.

1 of 4

Beg Tangan Camila, RM942

1 of 4