Inovasi Calaqisya Beri Keselesaan Kepada Pesakit Kanser

Tiada pengalaman bukan penghalang untuk Yana menubuhkan Calaqisya

Menceburi bidang perniagaan sememangnya bukan mudah apatah lagi jika anda tidak punya sebarang pengalaman mahupun latar belakang dalam bidang tersebut. Inilah yang dihadapi pengasas jenama Calaqisya. Namun begitu, perkara ini bukanlah satu penghalang buat Farah Ilyana Khairuddin. Farah atau lebih mesra disapa Yana memulakan perniagaan ini bersama adiknya ketika dia masih menuntut dalam jurusan Sarjana Kimia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 2009. Jelita berpeluang menemubual Yana untuk mengetahui lebih mendalam mengenai jenama dan kisah suka duka Calaqisya.

1 of 14

Macam mana Yana boleh terlibat dalam bidang fesyen?

Sebenarnya saya memang daripada kecil lagi memang suka dengan fesyen. Ayah kami yang selalu tentukan baju untuk kami. Jadi, setiap kali kami adik beradik beli baju, kami akan bagi dia tengok dulu. Idea hendak buat bisnes ini muncul bila saya masih di UTM Skudai ketika sedang menuntut jurusan Sarjana dalam jurusan Kimia tetapi selalunya pelajar kimia ini tak selalu bersiap bila pergi kelas. Mulai 2010 saya buka blog peribadi dan ramai orang tanya mana saya beli baju untuk Outfit of The Day (OOTD) ni. Jika nak dibandingkan dengan di Kuala Lumpur (KL), daripada 10 orang hanya seorang sahaja yang akan memakai tudung di Skudai ini. Bila pelajar dan pembaca blog tanya, “Mana you beli tudung ni?” Masa itu, di Johor Bahru (JB) tudung yang dijual mahal atau rekaannya tidak ikut trend. Jadi balik KL, saya beli tudung dalam kuantiti yang banyak kat tempat yang saya beli dan tanya jika saya boleh dapat harga istimewa.

Dulu, nama bisnes saya bukan Calaqisya tapi, Oh Saya Gila Shawl. Macam orang baru yang berjinak mulakan bisnes fesyen. Jadi, mula-mula saya jual 20 helai tudung baru dan sambutan yang saya dapat amat menggalakkan sebab baru jual beberapa minit dah habis. Bila bisnes semakin stabil, saya mencari tukang jahit untuk buat tudung. Saya akan minta tukang jahit buat dalam kuantiti yang banyak. Selepas setahun, saya mula mengenali beberapa ahli perniagaan seperti Sugarscarf. Jadi, saya tertanya-tanya macam mana dia sampai boleh buka kedai. Mulanya saya langsung tidak terfikir mahu buat duit sebab saya buat perniagaan ini atas dasar suka.

Tetapi bila dah ada banyak permintaan, saya cuba nak jadikan perniagaan ini lebih besar tetapi saya tidak mahu jual tudung sahaja, maka mulalah melihat pada baju pula kerana kami suka baju. Jenama baju yang biasanya popular pada masa itu adalah dari Topshop dan Zara. Tidak semua harga baju itu seperti sekarang dan pada masa itu, pelajar memang tidak mampu untuk membelinya. Jadi, saya cuba untuk buat baju yang saya jual dengan harga mampu milik kepada pelajar. Saya cuba buat wholesale tetapi bila buat cara ini, ada masalah seperti baju tidak cukup tangan atau erti kata lain tiada lengan. Jadi, saya kena terangkan kepada pembeli cara mahu gayakan baju ini. Ia boleh digayakan dengan pelbagai cara. Kiranya selain menjual baju, saya jadi penata gaya peribadi untuk pelanggan. Selepas dua tahun, kami buat baju sendiri mengikut apa yang kami mahukan. Maknanya, apa yang kami pakai setiap hari, yang tidak cukup panjang atau terbelah, kami akan cuba ubah dari situ.

1 of 14