Ilham warna senada

Penampilan ini lebih sempurna dengan tambahan aksesori seperti kasut bertumit tebal, beg sandang.

Pelajari teknik menyuaipadan helaian satu rona yang mampu menciptakan busana anggun yang lengkap dengan indentiti dan kreativiti. Bagi gaya pertama, dress polos lengan separa dengan helaian jaket berbulu yang dipakai bersama but tumit tinggi paras peha sesuai untuk digayakan kala melancong di luar negara. Bagi gaya kasual atau formal, tukar but tersebut dengan sepasang stileto bagi menyerlahkan aura kewanitaan. Gaya kedua pula, adalah contoh gaya helaian atas helaian yang boleh anda tiru. Tiga item fesyen disatukan menjadikan ianya seakan busana potongan bertingkat sekali gus menempiaskan citarasa unik dikala berfesyen. Gaya ketiga, anda perlu hati-hati menggayakan rona lantang. Kebiasaanya warna sebegini lebih molek digayakan untuk acara malam. Blaus lengan panjang dan seluar paras buku lali sudah cukup mencerminkan gaya feminin. Ditambah pula kasut bertumit dan beg bimbit warna serupa. Sungguh menggoda!

Dan yang terakhir sekali, tidak salah bergaya ala sporti untuk meremajakan penampilan. Warna hijau zaitun sememangnya antara kelompok warna yang mampu menyerlahkan efek lansing.  Penampilan ini lebih sempurna dengan tambahan aksesori seperti kasut bertumit tebal, beg sandang dan snow cap.

1 of 4

 

1 of 4