Himpunan Koleksi Aksesori Untuk Hari Kekasih

Raikan musim cinta dengan koleksi aksesori bertema kasih sayang.

Tambat hati si dia dengan gemerlapan koleksi aksesori daripada Poh Kong, Swarovski, Tiffany & Co, Princess Heart dan Pandora yang mempunyai pelbagai reka bentuk menarik. Selain itu, setiap koleksi aksesori seperti cincin, rantai, gelang tangan dan jam tangan ini memberi makna tersendiri mengikut reka bentuk masing-masing secara terperinci.

Sempena Hari Kekasih kali ini, tiada masa yang lebih sesuai untuk menghadiahkan koleksi aksesori ini kepada diri sendiri atau orang tersayang seperti ibu, kakak, adik, saudara-mara dan rakan-rakan bagi merapatkan tali silaturrahim. Tidak lupa juga untuk si dia!

Lihat juga: Pilihan aksesori ikut rentak anda!

Jelita kongsikan beberapa idea koleksi aksesori dari jenama ternama sempena Hari Kekasih yang anda boleh hadiahkan untuk orang tersayang atau beli untuk diri sendiri bagi meraikan musim cinta kali ini!

1 of 13

Cincin, Poh Kong

Lengkapkan gaya anda dengan menyarung koleksi Hari Kekasih yang terdiri daripada kepingan yang elegan, abadi dan mudah dipadankan dengan mana-mana persalinan. Sesuai untuk mereka bakal mengikat tali perkahwinan, cincin bagi anda dan si dia melambangkan permulaan babak baru dalam kehidupan bersama.

1 of 13