Masker Wajah (Yang Berkesan) Anda Kena Cuba

Tujuh masker wajah pilihan Editor Jelita.

Satu daripada rutin penjagaan wajah penting adalah menggunakan masker wajah untuk memastikan kulit ‘dibaja’ elok untuk mendapatkan seri yang diingini.

Masker yang betul boleh membantu merawat permasalahan kulit anda dengan menambah hidrasi, menyingkir minyak berlebihan pada wajah dan mengurangkan keterlihatan pori pada permukaan kulit.

ING Image

Rupa dan bentuk masker yang berada di pasaran ini hadir dalam pelbagai tawaran sama ada dalam bentuk krim, gel lutsinar, topeng wajah mahupun yang disekaliguskan dengan skrub.

Biasanya masker digunakan selepas wajah dibersihkan sempurna dan dibiarkan selama 15 ke 20 minit sebelum ditanggal atau dibilas. Atau masker sepanjang malam yang anda boleh guna sewaktu tidur.

Cuba yang Jelita sarankan di sini:

1 of 7

SEP Brightening Mask

Topeng wajah yang mencerahkan wajah dengan kandungan ekstrak limau tangerin segar yang ditanam di Jeju, Korea, sesuai untuk menyekatakan tona kulit wajah dengan mudah.

1 of 7