Gaya Solekan Di Parti Oscars Yang Boleh Anda Cuba

Jelita tampilkan tujuh selebriti yang mempunyai gaya solekan dan rambut yang cantik.

Anugerah Oscars 2018 yang baru sahaja berlangsung adalah anugerah yang paling dinantikan kerana ia menampilkan barisan selebriti dan personaliti terkenal. Antara acara yang menjadi tumpuan adalah acara karpet merah kerana pada waktu tersebut, para selebriti akan menggayakan busana yang pastinya akan memukau.

Tidak lengkap acara anugerah berprestij jika tidak ada after party. Acara after party ini turut menjadi tumpuan kerana kebanyakan selebriti turut hadir meraikan pemenang dan juga bersantai bersama rakan selebriti yang lain. Acara after party yang dianjurkan oleh Vanity Fair ini telah memperlihatkan barisan selebriti dan personaliti yang tampil dengan busana dan solekan wajah yang membuatkan para tetamu terpesona. Jelita tampilkan tujuh selebriti yang mempunyai gaya solekan dan rambut yang cantik.

1 of 7

Kendall Jenner

Bagi anda yang berkulit hitam manis seperti Kendall Jenner, idea solekan dengan menggunakan rona nude boleh menaikkan lagi seri wajah. Rambut paras bahu boleh diluruskan untuk memberikan aura feminin pada keseluruhan penampilan anda.

1 of 7

Kendall Jenner