Tip Menggayakan Leggings Untuk Gaya Santai

Begini caranya untuk bergaya dengan leggings

Seluar leggings adalah salah satu item fesyen yang menjadi kegemaran wanita kerana selain daripada memberikan keselesaan, ia juga dapat membuatkan kaki anda kelihatan lebih panjang dan seksi. Namun begitu, anda perlu tahu cara yang betul untuk menggayakan seluar leggings agar ia kelihatan bersesuaian dan tidak begitu sendat.

Gambar: Instagram

  • Oleh kerana leggings bersifat sendat, lebih molek jika ia digayakan dengan sesuatu yang longgar di atasnya seperti kemeja oversize atau kardigan labuh.
  • Elakkan memilih warna terang atau neon seperti merah jambu atau kuning.
  • Bagi melengkapkan keseluruhan penampilan, masukkan elemen aksesori seperti beg, sniker atau but.
  • Pastikan panjang seluar leggings itu sesuai dengan anda dan pilih leggings mengikut ketinggian anda. Jika anda bertubuh rendah maka leggings yang sesuai yang anda adalah sampai buku lali namun jika anda seorang yang tinggi dan langsing, panjang leggings paras lutut sesuai untuk anda.
  • Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi kerana ia tidak begitu sesuai digayakan bersama dengan leggings. Adalah lebih baik jika anda memakai kasut bertumit pendek ataupun ballerina. Kasut but bertutup juga sesuai dan jika anda ingin kelihatan lebih tinggi, gunakan kasut yang mempunyai tumit yang pendek.