Selebriti Dengan Busana Terbaik Di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular 2018

Antara busana terbaik yang digayakan selebriti pada malam Anugerah Bintang Popular 2018

Semalam, 7 Oktober telah berlangsungnya acara berprestij, Anugerah Bintang Popular 31 yang diadakan di Dewan Perdana, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sudah tentu, acara ini dihadiri oleh barisan selebriti terkemuka tanah air. Tidak ketinggalan yang menjadi perhatian adalah acara karpet merah di mana barisan selebriti kegemaran anda menggayakan busana mereka pada malam berprestij itu. Jelita senaraikan 11 selebriti yang tampil dengan busana anggun di karpet merah Anugerah Bintang Popular 2018.

1 of 11

Fazura – Rizman Ruzaini

Fazura tampak anggun dengan busana rekaan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini. Busana rona kuning lemon itu direka dengan rekaan yang polos ringkas namun siluetnya yang tidak berlebihan serta warnanya yang memuka membuatkan aktres yang memenangi Pelakon TV Wanita Popular ini kelihatan anggun mempesona.

1 of 11

Fazura – Rizman Ruzaini