Pakaian renang muslimah kualiti lima bintang

Persalinan pakaian renang sopan ini juga tidak tertakluk kepada wanita yang ingin menutup aurat sahaja bahkan ianya juga sesuai untuk wanita yang mementingkan perlindungan kulit.
1 of 5

Sering dilema untuk menutup aurat ketika beriadah di kolam renang mahupun pantai? Kini dengan Matsalleh Design, segala masalah seperti pakaian jarang, tidak selesa dan ketat tidak lagi menjadi mimpi ngeri!

Ya, sukar rasanya mencari pakaian renang sopan bersesuaian dan berkualiti di pasaran. Bila susah nak jumpa, ada diantara kita memilih jalan ringkas memakai pakaian harian sebagai persalinan sewaktu melakukan riadah aktiviti air.

Matsalleh Design diperbuat daripada fabrik terpilih dan berkualiti tinggi. Setiap persalinannya tidak jarang, mempunyai pengaliran udara yang baik, kalis cahaya matahari dan paling menarik, ia mempunyai lapisan tambahan pada baju yang membolehkan anda bebas menggayakannya tanpa rasa janggal.

Koleksi baju renang ikonik ini juga mempunyai hadir dengan warna pastel yang sejuk lagi nyaman. Ianya bertindak sebagai cermin yang memantulkan cahaya matahari sekali gus mendinginkan badan anda meskipun perlu berada pada cuaca yang panas.

Persalinan pakaian renang sopan ini juga tidak tertakluk kepada wanita yang ingin menutup aurat sahaja bahkan ianya juga sesuai untuk wanita yang mementingkan perlindungan kulit sewaktu melakukan aktiviti sukan air dan sebagainya.

Dapatkan baju renang serba boleh ini dengan harga serendah RM169. Sudah pasti momen percutian anda bersama keluarga pasti lebih bermakna dengan baju renang Matsalleh Design!

1 of 5