Gaya Terbaik Selebriti Di Karpet Merah Golden Globes 2019

Lihat siapa yang tersenarai dalam busana terbaik Golden Globes 2019 pilihan Jelita

Tahun ini, acara Anugerah Golden Globes telah diadakan di Beverly Hilton yang terletak di Los Angeles pada Ahad lalu. Dihoskan oleh dua nama besar dalam industri hiburan, Sandra Oh dan Andy Samberg telah meriahkan lagi acara tersebut. Paling dinantikan, sudah tentulah acara karpet merah. Tahun ini, lebih banyak selebriti yang tampil dengan busana yang sememangnya memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Jom, lihat senarai selebriti dengan busana terbaik di Anugerah Golden Globes 2019. 

1 of 13

Heidi Klum (Busana: Monique Lhuillier)

 

Tidak dinafikan lagi walaupun sudah berusia 45 tahun, model, Heidi Klum masih kelihatan cantik. Busana yang digayakannya mempunyai rekaan yang agak ringkas. Gaun kembang rona hitam ini dihiasi dengan hiasan bunga tiruan yang berwarna-warni. Ternyata penampilan Heidi Klum tampak manis sekali.

1 of 13

Heidi Klum (Busana: Monique Lhuillier)