Fesyen ke rumah terbuka!

Ilhamkan gaya kasual ini ke majlis rumah terbuka!

Ketepikan baju kurung anda! Setelah seminggu beraya sakan menggayakan baju kurung anda kini tiba masa untuk anda berpakaian kasual ke majlis rumah terbuka. Terutama apabila anda terlalu banyak jemputan yang perlu dihadiri pada hari yang sama. Pilih gaya kasual sopan ke majlis rumah terbuka sudah memadai! Ia juga lebih selesa untuk ke mana saja. Jelita kongsikan antara jenama yang anda boleh miliki untuk gaya sopan hujung minggu ke majlis rumah terbuka. Cukup santai tetapi sangat versatil! Top baju kurung anda juga boleh disuai padan dengan celana seperti palazo atau seluar potongan longgar. Tidak mengapa jika anda sarung baju atau skirt musim panas cetakan bunga, ia masih sesuai dengan tema hari raya.

Lihat juga Gaya Raya Buat Jejaka

7 of 7

Dress, Zara, RM249

7 of 7