Bergaya Di Pantai Dengan 6 Tip Fesyen Muslimah Ini

Gambar OOTD anda pasti akan lebih menarik

Bersantai di tepi pantai adalah salah satu aktiviti percutian yang paling digemari ramai. Ia juga salah satu lokasi yang cantik untuk mengambil gambar OOTD yang menarik. Namun, bukan lokasi sahaja yang menjadi keutamaan ketika mengambil gambar OOTD, pakaian yang anda gayakan juga perlu diberikan perhatian.

Gambar: Depositphotos

Bukan mudah untuk bergaya di tepi pantai terutama sekali jika anda memakai hijab namun ia bukanlah perkara yang mustahil. Dengan tip yang Jelita kongsikan ini, anda boleh tampil bergaya ketika berada di tepi pantai dan hasilkan gambar OOTD yang menarik.

Seluar Palazzo

Seluar ini sesuai untuk anda yang bertubuh kecil dan rendah. Anda boleh padankan seluar palazzo dengan kardigan labuh atau blaus bercorak. Lengkapkan penampilan anda dengan aksesori seperti cermin mata hitam, topi atau beg silang.

Dress Labuh

Anda juga boleh mengenakan busana dress labuh kerana ia menggunakan bahan yang tidak mudah kusut. Untuk tampil lebih menarik, anda boleh padankan dengan aksesori seperti rantai atau topi.

Jumpsuit

Untuk lebih mudah, anda boleh bergaya dengan jumpsuit. Pilih jumpsuit yang tidak ketat dan selesa. Dengan jumpsuit, anda tidak perlu risau jika angin bertiup kencang. Padankan dengan aksesori seperti topi, kaca mata hitam dan sandal.

Denim

Tidak salah untuk gayakan denim di pantai namun anda perlu bijak untuk memadankannya. Cara terbaik adalah mengenakan seluar denim longgar dan padankan dengan baju putih atau blaus serta kardigan panjang.

Warna Terang

Pilih busana dengan warna yang terang agar gambar OOTD anda tampak lebih menyerlah. Warna yang sesuai adalah warna pastel dan warna cerah dan paling penting sekali, pastikan pakaian yang dikenakan itu selesa.

Burkini

Jika anda merancang untuk berenang di pantai, maka burkini adalah pilihan yang tepat untuk anda. Burkini adalah pakaian renang khusus untuk wanita muslimah yang menutupi seluruh badan dan tidak terlalu ketat. Untuk menjadikan burkini anda lebih menarik, anda boleh gayakan dengan kardigan labuh atau sarungkan blaus labuh di atasnya. Selesai!