9 Tip Untuk Dapatkan Gaya Mewah Tanpa Perlu Belanja Lebih

Jelita kongsikan sembilan tip untuk dapatkan gaya mewah tanpa perlu belanja lebih.

Anda masih boleh kelihatan bergaya tanpa perlu menghabiskan banyak wang untuk membeli pakaian. Bahkan, anda tidak perlu berjimat atau mengikat perut selama beberapa bulan untuk membeli pakaian daripada jenama mewah seperti Chanel atau Prada. Malah, selebriti terkenal juga sering memilih jenama biasa untuk pakaian mereka namun dengan tip fesyen yang betul, mereka mampu kelihatan mewah. Oleh itu, Jelita kongsikan sembilan tip untuk dapatkan gaya mewah tanpa perlu belanja lebih.

1 of 9

Fabrik Yang Betul

Jika dilihat pada rekaan pakaian yang dijual oleh jenama pasaran massa, sudah tentu anda mengira ia direka oleh pereka terkenal namun begitu agak sukar untuk mencari kain berkualiti di kalangan jenama itu. Tidak semua yang boleh membeli pakaian yang diperbuat daripada kasmir, sutera semula jadi atau kulit. Sesetengah fabrik yang berpatutan boleh keluhatan mahal dan yang lain mungkin akan kelihatan sangat murah. Pakaian yang diperbuat daripada linen, suede palsu dan kapas akan kelihatan mewah. Elakkan daripada pakaian yang diperbuat daripada viskosa dan akrilik. Pakaian poliester boleh buat anda tampak mewah dan pelik pada masa yang sama. Ia bergantung kepada item tersebut.

1 of 9

Fabrik Yang Betul