5 Tip Pilih Cincin Untuk Bakal Pengantin

Jelita kongsikan lima tip memilih cincin untuk bakal pengantin.

Impian setiap bakal pengantin adalah majlis perkahwinan yang sempurna. Daripada baju kahwin, pelamin, katering dan sebagainya mestinya sudah tersedia. Yalah, kahwin ini cuma sekali. Namun, kadang kala bakal pengantin sering memandang ringan dalam pemilihan cincin kahwin. Oleh itu, Jelita kongsikan lima tip pilih cincin untuk bakal pengantin.

Pilih cincin

Gambar: Shutterstock

  1. Susun bajet anda. Sebelum membeli cincin, anda dinasihatkan agar memeriksa bajet supaya anda dapat berjimat daripada membeli sesuatu yang di luar kemampuan.
  2. Bagi memilih bentuk cincin yang menarik, anda digalakkan untuk mencari dan berbincang dengan pasangan dari awal, bagi mengelakkan kehabisan stok dan saiz di pasaran. Bagi yang mahu menempah cincin, anda digalakkan untuk melakukannya dua bulan lebih awal. Pilih cincin yang selesa dipakai kerana cincin perkahwinan akan dipakai setiap hari. Ini bertujuan untuk mengelakkan kerja harian anda daripada terganggu.
  3. Pilih saiz yang sedikit besar daripada saiz jari kerana selepas berkahwin, berat badan pengantin mungkin akan bertambah dan jariĀ  membengkak boleh menyebabkan cincin tidak muat.
  4. Cari cincin yang mudah dibersihkan. Untuk menjimatkan duit dari membersihkannya di kedai, anda digalakkan memilih cincin yang boleh dibersihkan sendiri