4 Cara Mudah Yang Boleh Anda Cuba Untuk Bersihkan Kasut Baldu

Mudah sahaja caranya!

Bagi wanita, kasut adalah salah satu item fesyen yang penting. Dan sudah tentu, anda tidak suka jika kasut kesayangan menjadi kotor atau berhabuk. Bagi anda yang memiliki kasut dengan fabrik baldu, penjagaan kasut ini tidak sama seperti dengan kasut yang lain.

Gambar: Depositphotos

Jadi, Jelita kongsikan empat cara mudah untuk membersihkan kasut jenis baldu yang boleh anda cuba.

Item yang anda perlukan:

  • Berus baldu
  • Cuka putih
  • Kain lap
  • Pemadam

Cara Membersihkan Kasut:

1. Berus kotoran di permukaan kasut dengan berus baldu

Jika anda tidak mempunyai berus baldu, gunakan berus gigi untuk membersihkan permukaan kasut yang kotor. Gosok lembut di permukaan kasut mengikut alur semulajadi kasut baldu tersebut. Jika kotoran itu dalam keadaan basah, biarkan ianya kering sebelum memberus untuk mengelakkan kotoran menjadi lebih teruk.

2. Gunakan Pemadam untuk hilangkan kotoran degil

Lebih baik jika anda mempunyai suede rubber tetapi jika tidak ada, anda boleh gunakan pemadam sekolah yang biasa. Sama seperti anda memadam kotoran di atas kertas, gunakan pemadam untuk hilangkan kotoran di kasut baldu. Berikan tekanan yang lebih kuat daripada biasa agar kotoran hilang lebih cepat.

3. Gunakan cuka putih untuk hilangkan kotoran yang sukar untuk hilang

Cuka memiliki komposisi asid yang membantu untuk pecahkan partikel kotoran menjadi lebih kecil dan sekali gus memudahkan anda untuk membersihkan kotoran tersebut. Caranya mudah sahaja, anda celupkan bahagian hujung kain ke dalam bekas yang mengandungi cuka dan lapkan kain tersebut di bahagian kasut yang kotor dan gosok dalam pergerakan ke depan dan belakang.

4. Sudahkan dengan suede protector

Suede protector adalah cara terbaik untuk lindungi kasut kesayangan anda. Tetapi, pastikan anda lakukan kajian terhadap suede protector kerana sesetengah produk boleh melunturkan warna kasut.

Sumber: Cosmopolitan.my