Her Beauty Awards 2019: Syampu Untuk Kulit Kepala Terbaik

Miliki rambut bersinar dan sihat dengan menggunakan Claire Organics bar syampu semula jadi!

Mencari syampu yang sesuai untuk anda tidak semudah yang disangka, biarpun ada begitu banyak pilihan. Ini kerana, ramai wanita lupa yang kulit kepala juga adalah sebahagian daripada kulit dan ia juga perlu dibelai dengan penjagaan yang sama. Tambahan pula, rambut yang sihat juga dikaitkan dengan kulit kepala yang bersih dan sihat. Dari semasa ke semasa, minyak daripada kulit kepala ditambah pula faktor pencemaran boleh menyebabkan folikel rambut tersumbat dan akhirnya mencetus terjadinya rambut gugur.

Penyelesaian untuk masalah ini adalah memilih syampu yang lembut tetapi berkesan pada kulit kepala jenis sensitif. Camellia Hair & Scalp Shampoo Bar daripada Claire Organics yang bebas silikon dibuat daripada minyak zaitun dara organik dan minyak camellia – masing-masing hebat untuk mengurangkan keradangan dan gatal di kepala. Minyak camellia juga akan menembus jauh ke dalam folikel untuk membersihkan kotoran lain.

Faedah lain menggunakan minyak camellia:

  • Melembutkan dan rambut kusut mudah diuruskan
  • Menghidratkan rambut yang kering
  • Membantu mencegah kelemumur
  • Merawat kerosakan disebabkan bahan kimia kerana meluruskan rambut dan mewarnakan rambut

Syampu bar ini sesuai digunakan untuk anda yang mempunyai rambut yang normal atau berminyak. Selain rambut, anda juga boleh menggunakan bar ini pada tubuh dan kulit wajah anda.

Padankan dengan…

Sinar matahari memancarkan sinaran UV yang sangat bahaya. Lindungi kulit anda dengan menggunakan pelindung matahari secara teratur. Cuba gunakan Claire Organics Sunscreen Face/ Body Cream! Pelembap harian dua dalam satu ini berfungsi dengan baik untuk kulit sensitif atau normal.

Ianya 100 peratus bebas daripada bahan kimia yang bahaya seperti paraben, cinnamate, benzophenone, dan derivatif camphor (bahan ini boleh membunuh terumbu karang). Memandangkan ia mempunyai SPF25, anda disyorkan untuk menyapukan krim ini setiap beberapa jam.

Ketahui lebih lanjut mengenai Camellia Hair & Scalp Shampoo dan krim pelindung matahari di Clair.my.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Her Beauty Awards 2019.