Her Beauty Awards 2019: Serum/Esen Lokal Terbaik

Dapatkan kulit bercahaya dengan Nurish Organiq, jenama penjagaan wajah berstatus Halal yang dibuat di Malaysia!

Dapatkan kulit yang cerah dengan Nurish Organiq, jenama penjagaan muka berstatus Halal yang dihasilkan di Malaysia!

Berikan kulit anda ramuan kecantikan yang betul untuk mendapatkan kulit yang lebih muda dan sihat. Nurish Organiq 24K Gold Face Essence adalah produk yang Halal dan dibuat di Malaysia. Apa yang membuatkan produk ini lebih istimewa adalah ia diformulasi dengan 100 peratus ekstrak semula jadi dan teknologi anti-penuaan natural. Selepas menggunakan pembersih dan penyegar Nurish Organiq 24K Gold, ratakan Nurish Organiq 24K Gold Essence pada wajah. Ia mempunyai tekstur yang ringan dan tidak melekit untuk memastikan nutrien dapat menembusi dengan ke dalam kulit anda.

Bagaimanakah ia menjadikan kulit anda lebih berseri, licin dan lembut? Jawapannya adalah bahan anti-oksidan yang berkuasa!

  • Aqua Collagen – Meningkatkan pengeluaran kolagen untuk mengurangkan garis halus dan kedutan, menjadikan kulit lebih anjal
  • 24K Gold– Meningkatkan keanjalan kulit
  • Ekstrak delima organik– Bahan anti-oksidan ini membantu melawan penuaan kulit selain meminimum dan mengurangkan kehadiran liang pori
  • Multivitamin (B, C & E) – Menyama ratakan tona kulit dengan mengurangkan pigmentasi bintik gelap dan melambatkan proses penuaan kulit
  • Hexapeptide – Mengurangkan tanda penuaan kulit

Padankan dengan…

Dengan rutin penjagaan kulit yang konsisten, anda akan dapat melihat perubahan ketara terutama pada garis halus dan kedutan. Untuk hasil yang terbaik, gunakan Nurish Organiq 24K Gold Moisturizing Day Cream SPF25 selepas Nurish Organiq 24K Gold Face Essence. Krim waktu siang ini boleh digunakan pada semua jenis kulit kerana ia menghidrat dan mengekalkan kelembapan kulit anda. Untuk memastikan pigmentasi atau bintik gelap tidak lagi muncul pada kulit anda, krim yang mengandungi SPF25 ini juga akan melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold boleh didapati di Aeon Wellness, Caring, Guardian, Watsons dan farmasi terpilih di seluruh negara.

Ketahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk penjagaan kulit Nurish Organiq 24K Gold Anti-Ageing di laman sesawang jenama ini.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Her Beauty Awards 2019.