Her Beauty Awards: 2019: Rawatan Kulit Kepala Terbaik

Berikan rambut dan kulit kepala anda rawatan terbaik dengan Oway Head Spa

Mencari rawatan yang menyegarkan kedua-dua rambut dan kulit kepala? Anda berada di tempat yang betul! Rawatan Oway Head Spa di Number76 Hair Salon adalah rawatan rambut organik pertama diperkenalkan di salon ini. Rawatan Oway ini diperincikan dengan konsep mesra alam bermula dari pembungkusan produk tersebut sehinggalah ke ramuan bermutu tinggi yang dipilih daripada ladang biodinamik ‘zero kilometer.’

Formulasi ini mengandungi minyak tulen, resin, lilin, mentega dan phyto-protein yang membantu untuk memberi khasiat pada serat rambut – kunci untuk memperbaiki struktur rambut. Rawatan ini juga bebas daripada enam bahan berbahaya yang berbeza seperti paraben, minyak mineral dan sulfat.

Terdapat tiga rawatan untuk dipilih, setiap satu menyasarkan pada jenis rambut dan masalah kulit kepala yang berbeza:

  • Rawatan Rebalancing– menghilangkan sebum berlebihan dan membersihkan kulit kepala dengan menggunakan tanah liat putih Amazon, sage dan ekstrak tumbuhan.
  • Rawatan Soothing– khas buat anda yang terdedah kepada kerengsaan kulit kepala atau kemerahan, menggunakan ekstrak balsamic.
  • Rawatan Purifying merawat kulit kepala kering dan berminyak, dengan masalah kelemumur yang ketara menggunakan rice wax micro-granules.

Untuk hasil yang lebih baik, rawatan spa rambut ini akan diakhiri dengan langkah Anti-aging Flowerfall  iaitu campuran bunga organik dan biodinamik yang berfungsi membantu untuk memastikan kulit kepala dan rambut anda kelihatan lebih bersinar dan sihat. Langkah ini juga membentuk perisai pelindung terhadap tekanan oksidatif.

Pakar rambut yang berpengalaman di Number76 sedia melakukan proses rundingan terlebih dahulu bagi membantu anda memilih rawatan Oway Head Spa yang bersesuaian dengan jenis rambut dan kulit kepala anda.

Untuk ketahui lebih lanjut, layari laman sesawang ini.