Her Beauty Awards 2019: Penyegar Wajah untuk Kulit Sensitif/Kombinasi Terbaik

Penyegar wajah ideal untuk pastikan kulit sensitif atau kombinasi sentiasa terhidrasi

Miliki kulit wajah yang anjal dan sihat dengan Klairs Supple Preparation Facial Toner yang bukan sahaja bertindak melembapkan kulit pada luaran, malah menyalurkan kandungan lembapan hingga ke dalam dasar kulit. Diperkaya dengan pelbagai rumusan natural antaranya asid hyaluronik, aloe vera dan beta glucan, ia membantu mengimbangi PH kulit bagi membolehkan produk rutin cantik yang lain mudah menyerap ke dalam kulit. Hadir dengan konsistensi tekstur yang sedikit pekat, ia pantas meresap ke dalam kulit tanpa kesan melekit untuk kulit yang lebih lembap.

Cuba Juga…

Klairs Supple Preparation Unscented Toner ini tidak mengandungi essential oil, untuk itu ia tidak mempunyai bau. Hadir dengan tekstur cecair yang lebih ringan dan halus, ia pantas meresap ke dalam kulit untuk memberikan efek hidrasi yang optimum. Bukan itu sahaja, dengan formulasi istimewa ini, ia sesuai untuk anda yang berkulit sensitif!

Layari www.nattacosme.com untuk lebih info mengenai penyegar wajah ini.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Her Beauty Awards 2019 di dalam Majalah Jelita edisi Ogos 2019.