Her Beauty Awards 2019: Minyak Pelembap Tubuh Terbaik

Minyak pelembap tubuh yang sesuai untuk semua jenis kulit

Cukup dikenali kerana kemampuannya mengurangkan kesan rekahan kulit, parut dan tona kulit tidak sekata. Bio Oil® Skincare Oil sesuai digunakan untuk pelbagai kegunaan. Diperhebatkan dengan gabungan rumusan seperti chamomile, lavender, rosemary dan minyak calendula, ia mampu bertindak menyubur, melega dan melembapkan kulit. Ia turut diperkaya dengan Vitamin A dan E, bagus untuk meningkatkan keanjalan dan menghaluskan kulit. Lebih menarik, rumusan utamanya, ekstrak PurCellin Oil mengubah konsistensi keseluruhan formulasi minyak ini, menjadikannya ringan dan tidak melekit, pada masa sama memastikan bahan aktifnya mudah menyerap ke dalam kulit.

Bio Oil® Skincare Oil juga membantu menghaluskan kesan garisan halus dan kedutan pada kulit yang menua di samping mengurangkan bintik pigmentasi. Dengan formulasinya yang pelbagai dan bersifat non-acnegenic serta hypoallergenic, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Untuk itu, Bio Oil® Skincare Oil bukan sahaja boleh digunakan oleh wanita, tetapi sesuai untuk seisi keluarga

Bio Oil® Skincare Oil hadir dalam tiga saiz- 60 ml, RM34.95; 125 ml, RM58.25 dan 200 ml, RM79.45.

Boleh dibeli di semua farmasi utama dan kedai penjagaan diri. Untuk informasi lanjut, layari biooilexperience.com

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Her Beauty Awards 2019 di dalam Majalah Jelita edisi Ogos 2019.