Her Beauty Awards 2019: Krim Pelembap Wajah Terbaik

Dengan krim pelembap wajah terbaik, kulit wajah lebih berseri dan sihat sentiasa

Tahukah bahawa anda akan kehilangan separuh kadar kelembapan ketika proses trans-epidermal setiap hari? Untuk itu, anda perlu tingkatkan kadar kelembapan kulit dengan Dermalogica® Skin Smoothing Cream, RM 340 (100 ml). Krim formulasi ini dipertingkatkan dengan kehadiran Teknologi Active Hydramesh yang berfungsi pada molekul untuk mengurangkan kehilangan air agar kulit terhidrat selama 48 jam. Selain itu, krim ini turut diperkaya dengan Hyaluronic Acid yang terkenal sebagai agen pelembap kulit, ekstrak Vitis Vinifera Seed untuk melawan kerosakan kulit dan Ascorbyl Palmitate, berfungsi untuk melindungi kulit daripada serangan radikal bebas.

Guna Bersama…

Dermalogica® Prisma Protect SPF30, RM 298 (50 ML) bukan hanya sekadar perisai UV. Ianya hadir dengan Teknologi Intelligent Drone yang diaktifkan dengan cahaya bagi meningkatkan kilauan kulit wajah. Rumusan semulajadinya mengandungi lembapan yang bertindak melembapkan kulit sepanjang hari untuk kompleksi wajah yang licin. Krim ini dirumus dengan Teh Matcha, mampu untuk melindungi kulit daripada pencemaran. Cara penggunaan oleskan pada wajah 30 minit sebelum keluar rumah.

Instagram: @dermalogica_my

Facebook: Dermalogica Malaysia

Boleh didapati di semua pusat kesihatan kulit Dermalogica yang diedarkan oleh Esthetics International Group Berhad yang sah di seluruh negara.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Her Beauty Awards 2019 di dalam Majalah Jelita edisi Ogos 2019.