Her Beauty Awards 2019: Krim Pelembap Lokal Terbaik

Lembutkan tekstur wajah anda dengan Alyla Royal Pine Flawless Solution Cream untuk kulit lebih muda.

Lembutkan tekstur wajah anda dengan Alyla Royal Pine Flawless Solution Cream untuk kulit lebih muda.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tona kulit tidak sekata – parut jerawat, hiperpigmentasi dan pengeluaran melanin secara berlebihan. Namun, dengan rutin penjagaan wajah yang konsisten dan penggunaan produk yang sesuai, kulit anda akan tampak perubahannya. Jadi, andabolehmencubaAlyla Royal Pine Flawless Solution Cream yang akan membantu mengurangkan jeragat dan kemerahan dan memberikan anda kulit yang lebih licin dan cerah.

Royal Pine menggabungkan ramuan semula jadi dengan teknologi canggih Korea, Ultra Calming Clean Complex, untuk memerangi masalah jerawat dan kulit sensitif. Formulanya terdiri daripada Willow Bark dan Wintergreen Leaf berfungsi untuk membantu melegakan iritasi pada kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum. Selain itu, dengan kombinasi niacinamide unutk mencerahkan kulit, Aramanthuscaudatus seed untuk melembapkan dan juga methyl rapeseedate dan salicylic acid untuk membersihkan wajah agar kulit tampak lebih berseri, licin dan cerah. Ia juga mempunyai tekstur yang ringan untuk memastikan kulit anda sentiasa memperoleh penghidratan diingini selain bebas minyak. Dapatkan kulit yang lebih sihat dan lebih berseri dengan menggunakan krim pelembap ini pada waktu siang dan malam selepas penyegar.

Padankan dengan…

Persiapkan kulit anda dengan Alyla Royal Pine Flawless Duo Serum Toner yang mempunyai dua fungsi. Dirumus dengan ginseng dan minyak badam, toner dan juga serum ini dapat meningkatkan kesihatan sel kulit untuk pastikan kulit sentiasa cerah, lembut dan licin. Mereka yang mempunyai kulit normal hingga sensitive boleh menggunakan toner ini – goncang sebelum menggunakannya.

Untuk informasi lanjut mengenai rangkaian penjagaan wajah Alyla, layari www.alyla.my

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Her Beauty Awards 2019.