Her Beauty Awards 2019: Haruman Segar Terbaik

Segar sentiasa dengan haruman OLFAC3 yang diilhamkan daripada lautan

Bayangkan diri anda berada di kepulauan yang indah dengan bunyi deruan ombak sambil menghirup udara segar. Itulah interpretasi keindahan aroma bagi haruman OMBAK Eau De Parfum oleh OLFAC3 Perfume. Aromanya yang memikat jiwa mampu memercikkan semangat dan suasana biarpun anda sedang sibuk dengan tugasan harian. Kombinasi bungaan segar sebagai nota utama seperti mandarin, lemon, limau, halia dan epal hijau menyuntik suasana mendamaikan. Bukan itu sahaja, nota tengahnya yang terdiri daripada gardenia, jasmin dan lily berpadu mesra dengan ambar, kasturi dan kayu cedar lalu memberikan aroma harum berpanjangan.

Cuba Bersama…

Jika anda gemar haruman yang berbau sedikit manis seperti bunga dan buahan, MATAHARI Eau De Parfum akan menghangatkan penampilan anda. Gabungan pelbagai rumusan antaranya cassis, tembikai, kiwi, rhubarb, pir dan pic serta nota bungaan jasmin, freesia dan cyclamen membalut harmoni tubuh anda. Ia lebih harum kerana turut mendapat percikan cendana, amber, kasturi dan kayu cedar sebagai nota asasnya.

Ketahui lebih lanjut mengenai dua haruman ini atau dapatkan haruman anda sendiri di www.olfac3.com

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Her Beauty Awards 2019 di dalam Majalah Jelita edisi Ogos 2019.