HER BEAUTY AWARDS 2018: NOVU ELEMENTAL ADVANCED RENEWAL CLEANSING MILK

Novu Elemental Advanced Renewal Cleansing Milk adalah pembersih wajah yang sesuai untuk kulit sensitif

NOVU ELEMENTAL ADVANCED RENEWAL CLEANSING MILK

Pembersih muka biasa dan air micellar boleh membuatkan kulit anda menjadi kering. Jika anda mempunyai kulit jenis sensitif, pilih pembersih berasaskan susu kerana ia dapat mengeluarkan kekotoran tanpa mengurangkan minyak semula jadi pada wajah. Ini dapat memastikan keadaan kulit seimbang dan mendapat penghidratan yang diperlukan.

Novu Elemental Advanced Renewal Cleansing Milk dengan formulasi bebas sabun perlahan-lahan dapat membersihkan sambil menyingkir solekan pada wajah anda. Ditingkatkan dengan bahan semula jadi seperti witch hazel, mentega shea dan ekstrak akar licorie, ia dapat membantu mengetatkan liang pori dan melawan cela sambil meningkatkan tahap kelembapan dan memberikan perlindungan daripada radikal bebas.

Rangkaian Novu Elemental boleh didapati di Klinik Aesthetic Medical NOVU atau melalui platform e-dagang seperti iamnovu.com, Lazada, Qoo10 dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Novu di iamnovu.com.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena HER BEAUTY AWARDS 2018 di dalam edisi Ogos.