HER BEAUTY AWARDS 2018: ELEANOR THE MIRACLE KEY GEL EYE DEFINER

Dapatkan solekan yang kalis comot dan tahan lama dengan Eleanor The Miracle Key Gel Eye Definer

Eleanor The Miracle Key Gel Eye Definer ialah penggaris mata kalis comot, tahan lama yang hadir dengan hujung aplikator tajam dan halus untuk kemasan sempurna. Ia turut bersifat kalis air dan minyak yang mana sesuai digunakan walaupun di bawah sinaran matahari. Hadir dengan dua rona iaitu hitam pekat untuk memberikan dimensi berbeza pada riasan wajah, manakala rona coklat sesuai untuk digayakan setiap hari.

Gandingan Bersama

Eleanor The Miracle Key Extend & Curl Lash Mascara dicipta untuk memanjangkan bulu mata yang pendek dan rata secara natural. Maskara yang bersifat kalis air dan
peluh ini juga akan mengering dengan cepat sebaik diaplikasi.

Rangkaian koleksi The Eleanor The Miracle Key boleh didapati di cawangan SASA yang terpilih.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena HER BEAUTY AWARDS 2018 di dalam isu Ogos 2018.