Hanya 30 Minit Untuk Kulit Berseri

Segarkan wajah anda di Clarins OpenSpa, sekarang!

Itu sahaja masa yang anda perlukan untuk melihat keberkesanannya di Clarins OpenSpa.

Ada masanya, oleh kerana jadual terlalu padat, memperuntukkan masa untuk diri sendiri boleh buat anda rasa bersalah, padahal ianya satu keperluan.

Apatah lagi bila kulit tampak kusam dan tidak segar seperti diingini. Apabila saya dapat tahu rawatan wajah di Clarins OpenSpa hanya mengambil masa 30 minit (berharga RM80), saya tahu itulah penyelesaian yang saya perlukan.

Butik Clarins yang baru dibuka di tingkat pertama Mid Valley Megamall menawarkan perkhidmatan terbaharu yang dikenali sebagai OpenSpa, ini menjadikannya sangat mudah untuk dikunjungi sewaktu makan tengah hari – dan itulah yang telah saya lakukan. Terdapat lapan jenis rawatan wajah yang ditawarkan: Bye Dry Skin, SOS V-Shape, Youth Express, SOS Detox, Men’s Skin Fit, Eye Must, All About Brightening, dan Say ‘No’ To Tension.

Kedatangan saya disambut mesra oleh pakar terapi. Dalam sesi 30 minit ini, dia turut membantu dalam memilih rawatan wajah yang sesuai selepas membuat analisis kulit saya. Prosesnya membabitkan sentuhan tangan pada keseluruhan wajah yang diinspirasi oleh pengasas Clarins yang mernghidupkan konsep Art of Touch. Tiada sebarang mesin yang digunakan, hanya kaedah sains sentuhan Clarins. Ini adalah kaedah yang terkenal dan ia adalah satu daripada sebab mengapa perniagaan berasal dari Perancis ini diakui sebagai pakar penjagaan kulit sejak 1954.

Dirumus Khas Untuk Keperluan Anda

Kerana saya memiliki kulit yang sensitif dan reaktif, pakar terapi telah menggabungkan produk daripada rangkaian penghidratan dan detoks untuk menenangkan dan meningkatkan tahap kelembapan kulit. Kaedah ini telah mengukuhkan lagi slogan Clarins: “Semuanya Tentang Anda”, ataupun lebih dikenali sebagai, “It’s All About You”. Pengasas Clarins, Jacques Courtin Clarins percaya bahawa penggunaan bahan semulajadi adalah lebih penting daripada bahan kimia yang boleh memudaratkan penjagaan kulit pada jangka lama. Terbukti, jenama ini amat menitikberatkan intipati kecantikan dan pembangunan produk penuh tanggungjawab daripada semua bahan yang digunakan.

Clarins Double Serum khususnya, penuh dengan 21 ekstrak tumbuhan anti-penuaan. Ia adalah antara produk yang sangat disyorkan untuk mengekalkan kulit yang sihat lagi berseri. Di setiap langkah rawatan wajah itu, pakar terapi saya perlahan-lahan menekan, mengangkat dan menekap tapak tangannya untuk memastikan penyerapan dan hasil yang lebih optimum. Ditambah dengan suasana yang menenangkan, ia hampir membuatkan saya terlena! Bahkan tangan saya turut mendapat manfaat daripada urutan pada akhir sesi rawatan wajah tersebut.

Sebaik sahaja saya membuka mata, saya boleh melihat perbezaan pada kulit. Walapun sebelumnya ia kelihatan merah dan rona tidak sekata, ia kini tampak lebih cerah dan berseri. Sebelum pulang ke pejabat, saya singgah sebentar di sudut alat solek untuk mendapatkan sentuhan solekan segera. Saya dapat rasakan betapa kulit saya tampak lebih sihat dan rasa bertenaga untuk meneruskan hari saya!

Anda berminat untuk mencuba? Klik sini untuk melihat menu rawatan Clarins OpenSpa! Kedai kecantikan flagship Clarins berkenaan terletak di F-007, First Floor Centre Court, Mid Valley Megamall dan boleh dihubungi menerusi talian +603-2201 9619.

Reviu dilakukan Adelina Tan, Timbalan Editor Her World