Hadiah teristimewa meriahkan musim cuti

Dapatkan koleksi ini dengan harga serendah RM69 di butik Levi's seluruh negara.
1 of 6

Fesyen jalanan dan ‘sneakers’ adalah inspirasi terbesar Levi’s sempena musim ini. Stail diadun dengan trend terkini seperti grafik terang, jeans potongan tinggi dan logo mania dalam suntikan gaya tahun 80-an dan 90-an. Ia jelas ditampilkan pada kemeja-t grafik , helaian ‘cropped’ dan siluet longgar untuk wanita yang pastinya menarik perhatian penggayaan urban.

Menariknya, anda boleh menambah logo atau cetakan peribadi pada kemeja-t mahupun jaket Trucker Levi’s sebagai pelengkap hadiah teristimewa. Daripada monogram ke tampalan bersulam serta pin yang menarik perhatian, tambahkan sentuhan peribadi pada setiap helaian kegemaran anda di kedai jahit Levi’s di Suria KLCC.

1 of 6