Guardian dan Naelofar Hasilkan Beg Tote Eksklusif Ramadan Ini

Dapatkan tiga beg tote cantik yang diilhamkan oleh Neelofa sendiri.

Sempena Ramadan ini, Guardian Malaysia dengan kerjasama dengan jenama selebriti terkenal telah melancarkan beg tote Nature Beauty, Red Blossoms dan Floral Serenity sebagai sebahagian koleksi Eksklusif Musim Panas.

Beg tote ini adalah ilham dan hasil rekaan istimewa daripada personaliti, pengacara, model dan tokoh perniagaan terkenal, Neelofa yang juga pemilik kepada jenama fesyen kotemporari popular di Malaysia, Naelofar.

Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata, “Kolaborasi istimewa bersama NAELOFAR ini adalah satu cara kami menyambut kedatangan Ramadan. Kami ingin menawarkan sesuatu yang eksklusif kepada para pelanggan, dan sudah tentu juga menarik, apabila mereka berkunjung ke Guardian untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan mereka.”

Floral Serenity

Dia turut mengumumkan bahawa stor Guardian bakal menampilkan tema istimewa “Seiring Ramadan” sepanjang bulan Ramadan ini, di mana Guardian berusaha untuk menawarkan tawaran hebat dengan potongan harga sehingga 50 peratus untuk barangan tertentu.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan tip kesihatan sepanjang bulan Ramadan di laman Facebook Guardian dari masa ke semasa. Tip dan petua itu dikongsikan oleh Joanna Soh, selebriti kecerdasan YouTube nombor satu di Asia.

Nature Beauty

Beg tote ini boleh dibeli pada harga diskaun 40 peratus dengan setiap pembelian RM20 di mana-manan produk jenama penaja, atau RM30 jika tanpa barangan jenama penaja.

Selepas diskaun 40 peratus, beg tersebut berharga hanya RM17.90 dan koleksi ini boleh didapati bermula 2 Mei 2019 sehingga stok kehabisan.

Red Blossoms