Gaya Si Cantik Song Hye Kyo

Tertarik dengan gaya menawan Song Hye Kyo

Pasangan SongSong couple iaitu Song Joong Ki dan Song Hye Kyo yang sedang hangat diperkatakan oleh peminat tentang keputusan mereka untuk bercerai pada Jun lalu. Keputusan itu dikongsikan di laman sosial Instagram mereka. Ramai peminat mereka yang turut bersedih tentang berita itu. Kedua-dua Song Joong Ki dan Song Hye Kyo membintangi drama popular bersiri Descendant of the Sun pada 2016. Mereka telah berkahwin pada 31 Oktober 2017 dengan menyarung busana pengantin daripada Dior.

Dior telah mencipta persalinan gaun pengantin savoir-faire sebagai signatur kepada rumah fesyen itu istimewa buat Song Hye Kyo. Manakala, Song Joong Ki turut bergaya dalan sut persalinan Dior Homme.

Anda boleh juga baca Tiada Lagi SongSong Couple, Song Joong Ki Failkan Perceraian Dari Song Hye Kyo

Gaya Song Hye Kyo sering memukau mata anda untuk melihat fesyen yang digayakan di setiap majlis. Jelita kongsikan gaya ayu dan santun Song Hye Kyo yang anda boleh jadikan inspirasi dari gaya santai ke gaya hadiri majlis. 

1 of 12

 

Gaya kasual hujung minggu! T-shirt cetakan jalur cukup padan digayakan dengan seluar jeans rona gelap.

1 of 12