Gaya Raya Buat Jejaka

Cik abang pun hendak nampak sajak waktu Raya

Tampil segak bergaya ke setiap majlis dengan mudah! Anda pasti kekal bersedia dan Always On dalam merebut sebarang peluang yang tiba dengan bantuan daripada Dockers. Gandingan khaki yang sesuai akan membuatkan penampilan keseluruhan bertambah segak tanpa sebarang kerumitan. Pilih padanan dengan bijak agar dapat mencetuskan stail yang anda ingini. Justeru, apa jua acara yang tertera di kalendar anda, anda pasti akan bersedia!

1 of 3

LAIDBACK TROPIKAL

Musim perayaan ini anda bakal berkunjung dari satu rumah ke satu rumah lain dalam cuaca panas dan bahang. Selesakan diri dan tampil menonjol dengan kemeja resort cetakan bunga yang pastinya tidak akan menenggelamkan personaliti diri anda. Kemeja lengan pendek cetakan bunga berharga RM118 dengan percikan warna akan memberi kesan kontra pada helaian kemeja-T putih, tidak ketinggalan juga Alpha Khaki berharga RM238. Sarungkan sneakers dan topi lebar untuk gaya lebih menarik. Bersedia untuk menerima pujian untuk penampilan anda yang ceria dan cool!

1 of 3