FORMULASI UNGGUL UNTUK KULIT BEBAS CELA

Rangkaian penjagaan wajah untuk kulit yang licin dan mulus.

Kulit wajah yang licin, bersih dan bebas cela menjadi dambaan semua wanita.

Namun, cabaran terbesar kulit wajah wanita bila munculnya musuh utama – jerawat. Berpunca daripada perubahan hormon, cuaca, genetik dan amalan gaya hidup yang tidak sihat, hadirnya mengundang seribu keresahan kerana ia boleh mencacatkan penampilan dan menjadikan kesan solekan tampak tidak sekata.

Anda boleh merawat  kulit yang berjerawat ini dengan mengamalkan ritual kecantikan yang tepat berserta penggunaan produk yang sesuai agar kesan kemerahan berkurangan dan kulit kembali halus, bersih serta terasa  lembut.

Produk penjagaan wajah terbaru  Alyla hadir dengan rangkaian Royal Pine yang dirumus khas dengan gabungan bahan alami dan diperhebatkan dengan teknologi Korea, berfungsi untuk merawat masalah jerawat dan kulit sensitif agar kulit kembali berseri dan sihat.

Kandungan bahan aktifnya yang utama seperti Willow Bark, Wintergreen Leaf , dan MSM  membantu:

  • Mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan
  • Merawat dan memulihkan kembali sel kulit yang telah rosak
  • Melembapkan kulit
  • Menghaluskan tekstur kulit yang kasar

KEMBALIKAN KESERIAN KULIT DENGAN TIGA LANGKAH…

 

Royal Pine Flawless Duo Serum Toner, RM75. Hadir dengan formulasi unik. Ia mempunyai dua lapisan cecair iaitu sebagai penyegar dan serum. Diperkaya dengan esktrak Panax Berry Ginseng dan minyak almond manis, ia bertindak sebagai booster untuk menjana sel kulit agar kulit lebih lembap, halus, cerah dan anjal.

 

Royal Pine Flawless Solution Cream, RM99. Mempunyai tekstur yang lembut dan ia mudah menyerap ke dalam lapisan kulit. Antara bahan aktif di dalam krim ini ialah Wintergreen Leaf , Niacinamide (sebagai agen pencerah), ekstrak Amaranthus Caudatus Seed (melembapkan kulit) , Methyl Rapeseedate (mengawal pengeluaran minyak pada wajah) dan Salicylic Acid ( sebagai agen anti jerawat). Formulasi baru ini berfungsi melegakan kulit yang merengsa dan kemerahan serta membaiki tekstur agar lebih halus dan tidak kasar.

 

Royal Pine Flawless CC Cream, RM65. Bertekstur ringan dengan kemasan yang halus bak baldu.  Krim CC ini berfungsi untuk membaiki tona kulit tidak sekata, mengurangkan kesan kemerahan atau memudarkan parut jerawat dan juga bintik pigmentasi. Hasilnya, solekan menjadi lebih mulus, sekata dan berseri.

Untuk info lanjut, sila layari laman web www.alyla.my

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Alyla di dalam Majalah Jelita edisi November 2018.