Fesyen Terkini Buat Si Comel Anda

Persalinan ceria semasa bercuti dan waktu tidur.

Rona dan cetakan ceria pada persalinan si cilik dapat memberi keseronakan pada mereka untuk tampil lebih bergaya. Kanak-kanak kini juga mahu OOTD seperti ibu bapanya. Apa salahnya sesekali beri keselesaan dan persalinan terbaik buat mereka. Jelita kongsikan antara fesyen terkini buat si comel anda yang sesuai digayakan semasa pergi bercuti dan ketika mahu tidur.

1 of 2

Guess memperkenalkan koleksi kapsul Guess Kids Sundae yang mengambil inspirasi daripada kelazatan aiskrim, kemanisan ais lolly dan pencuci mulut yang menggiurkan dengan rona neon serta tulisan tebal pada jaket, seluar pendek denim dan tank top yang dipenuhi dengan butiran. Ia cukup menarik perhatian ramai! Persalinan rona terang fuchsia, merah jambu dan akuamarin tersebut turut dilengkapi dengan kilauan labuci untuk memberi sentuhan yang menyeronokkan dan tampak glamor! Sempurnakan pula gaya si cilik dengan aksesori beg aiskrim yang sesuai digayakan untuk musim panas ini.

Tampil ceria dengan menyarung jaket rona terang ini.

Tank top yang sesuai digayakan dengan apa jua seluar!

1 of 2