Tya Ariffin Luaskan Legasi Jamu Keluarga Dengan Mutyara Beauty

Dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan jamu, Tya Ariffin kini memperkenalkan Mutyara Beauty

Dilahirkan di Indonesia dalam keluarga yang mementingkan kesihatan dan kecantikan menerusi amalan memakan jamu, aktres yang juga isteri kepada ahli perniagaan, Asyraf Khalid iaitu Tya Ariffin mahu amalan makan jamu ini diteruskan oleh semua wanita tanpa mengira peringkat umur terutama dari remaja dan seterusnya.

Justeru itu, Tya yang juga ibu kepada si cilik popular, Ariff Jiwa Asyraf, dengan bangganya telah memperkenalkan rangkaian produk cecair jamu di beri nama Mutyara Beauty. Dengan pelancaran jamu ini, Tya Ariffin telah melawan arus kebanyakan artis tempatan yang lebih gemar menjual produk komersial seperti tudung dan minyak wangi bahkan dia juga optimis mengangkat jamu untuk dikomersialkan lebih jauh.

Menerusi rangkaian produk cecair dengan kandungan 350 ml dan berharga RM68 itu, Mutyara Beauty dihadirkan khas bagi mengubah skeptikal golongan wanita terutamanya yang melihat jamu hanya untuk santapan orang tua semata.

Tambah Tya lagi, jamu Mutyara Beauty juga dicipta seiring dengan arus pemodenan khusus buat golongan wanita masa kini yang sentiasa sibuk bekerjaya dan memilih jalan mdah untuk kekal cantik dan bertenaga.

Jamu Mutyara Beauty ini dihasilkan dengan ramuan istimewa bahan semula jadi  serta campuran herba, kunyit, halia, akar serapat, Kacip Fatima. Ia juga mengandungi makan Sunnah seperti Habatus Sauda, kurma, madu dan halba.

Tidak ketinggalan, ia juga direka dengan campuran buah Delima dan Cayenne.

  • Antara khasiat Jamu Mutyara Beauty adalah:
  • Memanaskan badan
  • Merawat luka dalaman selepas bersalin
  • Menghilangkan keputihan
  • Menghilangkan keputihan
  • Mengecutkan rahim/peranakan
  • Membuang angin
  • Memulihkan tenaga
  • Membantu melawaskan pembuangan
  • Membantu meningkatkan haemoglobin/ sel darah merah
  • Anti bakteri/ merawat kegatalan
  • Membantu merawat kulit
  • Anti penuaan/ awet muda
  • Membant menambah susu badan
  • membantu proses detoksifikasi
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu menganjalkan aset wanita (payu dara/ punggung)

Anda boleh dapatkan Mutyara Beauty di seluruh negara menerusi stokis terpilih. Jika anda berminat untuk menjadi stokis, anda boleh menghubungi talian ini, 0129209011 atau anda boleh layari Instagram Mutyara Beauty atau layari laman sesawang Mutyara Beauty.

Gambar: Instagram