Rambut Bersinar Dengan Rangkaian Syampu Lux Luminique

Lux Luminique memperkenalkan tiga tambahan terbaru pada rangkaian syampu Lux Luminique

Tampil cantik tidak memerlukan anda untuk bekerja keras tetapi ia lebih kepada keseronokan. Jenama penjagaan rambut nombor satu Jepun, Lux Luminique telah memberikan kepuasan dalam kecantikan kepada setiap wanita di Malaysia sejak tahun 2017.

Dihasilkan tanpa menggunakan paraben atau pewarna tiruan, anda boleh mendapatkan rambut yang lembut, licin dan berkilat dengan rangkaian syampu dan perapi rambut tanpa silikon, Lux Luminique dengan dual aroma yang akan memberikan anda haruman sepanjang hari.

Dengan gabungan wangian kelas dunia dan teknologi penjagaan rambut yang unggul, anda boleh  mendapatkan manfaat daripada ramuan yang berasal dari bahan yang berasaskan tumbuhan dengan setiap rangkaian shampu Lux Luminique. Sebagai tambahan kepada tiga varian produk yang terdapat di Malaysia (Damage Repair, Relaz dan Smooth and Volume Shine), Lux Luminique telah memperkenalkan Siri Superfoods dan Botanical Pure sebagai tambahan terbaru kepada penjagaan rambut yang mewah.

Lux Luminique Siri Superfood membolehkan anda untuk menikmati 91 peratus bahan semula jadi yang dirumus khas untuk menyinarkan rambut wanita dan memperbaiki rambut dengan membekalkan kelembapan yang berkekalan. Secara keseluruhannya kedua rangkaian syampu ini mampu merawat semula rambut anda menggunakan bahan semula jadi.

Diperkayakan dengan ekstrak Beri Acai, Butter Shea organik dan ekstrak Rasberi hitam, Lux Luminique  Acai Straight berfungsi untuk semua jenis rambut tetapi ia lebih berkesan untuk rambut yang rosak. Kaya dengan vitamin E, ia dapat membantu untuk membaiki semula rambut yang rosak, mengurangkan keguguran rambut yang disebabkan oleh rambuk kusut dan meningkatkan kilauan rambut daripada dalam.

Sesuai untuk semua jenis rambut, Lux Hydrating Luminique Goji Berry pula diperkaya dengan ekstrak beri goji, benih buah delima, ekstrak aloe organik dan ekstrak bunga camellia yang berfungsi untuk mengembalikan keanjalan semula jadi rambut dan memberikan rambut anda penghidratan yang berkekalan.

Dirumuskan daripada air daripada gunung berapi dari Auvergne, Perancis, Lux Luminique Botanical Pure pula menawarkan enam ramuan botani dan tujuh minyak pati semula jadi untuk khasiat mendalam untuk semua jenis rambut. Campuran minyak benih anggur, minyak argan, aloe vera, ekstrak teh hijau dan wangian menyegarkan seperti oren, lemon dan kayu cedar (cedar wood) ini dapat membantu memberikan penghidratan yang berpanjangan pada rambut anda dan menjadikan rambut anda bebas kusut tanpa penggunaan warna tiruan.

Dengan tambahan terbaru pada rangkaian syampu Lux Luminique, anda boleh mendapatkan rambut yang bersinar dan sihat secara semula jadi dan bebas silikon.

Tiga varian terbaru Lux Luminique yang berharga (RM37.64) boleh didapati di pasaraya yang berkenaan, serta dalam talian dan di kedai Guardian dan Watsons yang terpilih bermula  dari Julai 2018.