Kosmetik Lokal Mampu Milik Di Sephora Malaysia

Miliki produk dUCk Cosmetics & Prettysuci dengan harga mampu milik di Sephora Malaysia.

Jenama kosmetik lokal  dUCk Cosmetics dan Prettysuci adalah jenama lokal pertama yang berjaya memasuki outlet produk kecantikan terkenal, Sephora.

Gedung kecantikan Sephora terkenal dengan menawarkan pelbagai seleksi produk kecantikan terdiri daripada produk penjagaan wajah, solekan, penjagaan tubuh, haruman dan aksesori yang mengumpulkan puluhan label kecantikan antarabangsa yang terkenal.

Menurut Pengurus Besar Sephora Malaysia, Valerie Foong, sudah menjadi trend di mana jenama kosmetik tempatan masa kini kebanyakannya hadir dengan seleksi produk yang berkualiti tinggi setaraf dengan produk antarabangsa namun dengan harga yang mampu milik.

“Untuk itu, dUCk Cosmetics dan Prettysuci dilihat mempunyai kriteria yang sesuai untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa inginkan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan,”katanya.

Bagi pengasas Prettysuci pula, Tunku Dato’ Kaiyisah Kamil Ikram dan Natasha Mohammad Ozeir, berkata, peluang memasuki pasaran Sephora sangat bermakna dan membanggakan kerana ini telah menjadi inspirasinya sejak dari awal lagi.

“Ketika di awal penubuhan portal online lagi, kami mahu Prettysuci dikenali sebagai Sephora versi Malaysia dengan produk kecantikan Halal. Selain itu, ini juga adalah medium terbaik untuk orang ramai lebih mengenali produk Prettysuci.”ujarnya.

Manakala, bagi pengasas dUCk Cosmetics iaitu Datin Vivy Yusuf pula berkata dengan memasuki pasaran Sephora ini akan membuktikan bahawa jenama kosmetik lokal tidak kurang hebatnya, malah setaraf dengan jenama kecantikan antarabangsa yang lain.

“Boleh dikatakan, gedung kecantikan Sephora seperti sebuah taman permainan buat kaum wanita kerana ianya penuh dengan keseronokan dan keterujaan apatah lagi apabila berekspresi dengan produk kecantikan dan alat solek.”ulasnya.

Untuk itu, sempena pelancaran produk di Sephora, Prettysuci dan dUCk Cosmetics tampil dengan rangkaian solekan yang menarik dan eksklusif. Prettysuci hadir dengan rangkaian yang dicipta khas untuk Sephora antaranya lipstik, bedak asas dan palet pembayang mata. dUCk Cosmetics pula akan menawarkan koleksi edisi terhad Hari Raya iaitu The Doily Duck Collection yang mana terdiri daripada lipstik, palet wajah, primer wajah, bedak polos dan penanggal solekan.

Antara koleksi Prettysuci dan dUCk Cosmetics di Sephora adalah:

1 of 7

 

 

1 of 7